fbpx
PACQUIAO (kanan) tewas pada aksi 2015 dan bersedia untuk melunaskan dendam menentang Mayweather. - AFP

Aksi ‘Fight of the Century’ kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANILA – Legenda tinju Filipina, Manny Pacquiao mendedahkan rundingan bagi pertarungan ulangan menentang Floyd Mayweather hampir mencapai persetujuan.

Kedua-dua bekas juara dunia pelbagai divisyen itu pernah berentap pada 2015 dalam aksi yang digelar sebagai ‘Fight of the Century’, namun Mayweather menang menerusi keputusan sebulat suara selepas 12 pusingan.

Pacquiao ketika itu mendakwa mengalami kecederaan bahu, malah pernah memberitahu pada 2018 bahawa kekalahan tersebut sentiasa menghantui dirinya.

Kini pada usia 46 tahun, Pacquiao yang bersara pada 2021 telah kembali ke gelanggang Julai lalu menentang juara welterweight WBC, Mario Barrios, namun pertarungan itu berakhir dengan keputusan seri majoriti.

Sementara itu, Mayweather, 48, masih mengekalkan rekod tanpa kalah sejak bersara pada 2017 dan kini aktif mengadakan siri perlawanan pertunjukkan termasuk bakal menentang bekas juara heavyweight, Mike Tyson, tahun depan.

Bagaimanapun, Pacquiao mengesahkan kedua-dua pihak kini dalam rundingan aktif bagi mengadakan pertarungan semula yang dijangka berlangsung di Las Vegas.

“Ia bergantung kepada persefahaman antara kami. Pasukan saya dan pasukan dia sedang berhubung secara langsung

“Menariknya, kali ini saya tidak lagi ada masalah bahu. Saya pasti dunia tinju akan teruja sekiranya perlawanan ini menjadi kenyataan. Tapi dia juga ada keputusannya sendiri, termasuk bertarung dengan Tyson,” kata Pacquiao. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI