fbpx
LING TIAN SOON menyampaikan sijil perlantikan KPHL kepada Ketua Kampung Datuk Abdul Rahman Yassin, Norzam Mohd Amin dalam majlis peluncuran Komuniti Perlindungan Hidupan Liar di Kluang, semalam. Foto oleh ADNAN IBRAHIM/KOSMO!

15 KPHL jadi perintis tangani konflik gajah-manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Sebanyak 15 pusat Komuniti Perlindungan Hidupan Liar (KPHL) yang diwujudkan di daerah ini dijadikan perintis menangani konflik gajah dan manusia dan kejayaan yang terhasil akan dijadikan penanda aras penubuhan untuk diperluas ke seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, KPHL diujudkan melibatkan kawasan penempatan yang sering terkait dengan konflik dengan setiap lokasi itu akan melibatkan sekurang-kurangnya 10 ahli komuniti.

Katanya, rancangan ini merupakan yang pertama di negara ini dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan menilai keberkesanan perlaksanaannya.

“Di Johor, daerah Kluang adalah salah satu kawasan yang sering dikaitkan dengan isu konflik antara gajah dan manusia dan untuk tahun ini sahaja sebanyak 52 kes sudah dilaporkan.

“Idea untuk melibatkan penduduk di kawasan terjejas untuk menangani masalah ini akan dijadikan perintis, jika berkesan ia akan diperluaskan ke daerah lain dan ke seluruh negara yang mempunyai konflik sama,” katanya dalam majlis peluncuran di Kluang, semalam.

Menurut Tian Soon lagi, untuk tujuan itu, Perhilitan akan berperanan membekalkan peralatan bersesuaian untuk menghalau atau menakutkan gajah yang memasuki kawasan komuniti seperti “gas canyon serta beberapa kelengkapan lain bersesuaian.

Tambah Tian Soon lagi, usaha lain untuk mengurangkan konflik tersebut adalah dengan melakukan translokasi gajah serta usaha jangka masa panjang adalah mewujudkan food bank untuk gajah dan telah mengenal pasti 21 lokasi untuk tujuan itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI