fbpx
TRUMP dan Jinping berjabat tangan selepas tiba untuk rundingan di Pangkalan Udara Gimhae, Busan di Korea Selatan hari ini. – AFP

Trump meterai perjanjian nadir bumi dengan China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AIR FORCE ONE – Presiden Donald Trump berkata pertemuan beliau dengan pemimpin China, Xi Jinping hari ini berjaya menghapuskan ‘halangan’ nadir bumi, menghasilkan perjanjian satu tahun yang boleh dilanjutkan mengenai bekalan mineral kritikal  itu.

China menguasai monopoli logam nadir bumi  yang penting untuk ‘segala-galanya’,  daripada peralatan rumah hinggalah kepada kenderaan, tenaga dan senjata.

“Semua isu nadir bumi telah diselesaikan, dan itu untuk dunia,” kata Trump kepada wartawan di dalam pesawat rasmi Presiden Amerika Syarikat, Air Force One sambil menambah, perjanjian dimeterai bersama Beijing itu adalah untuk setahun dan akan dirundingkan semula pada setiap tahun.

Semasa lawatan ke rantau Asia,  Trump juga menandatangani perjanjian dengan Jepun bagi mendapatkan bekalan mineral kritikal dan nadir bumi.

“Tiada halangan sama sekali mengenai nadir bumi, (masalah)  itu diharapkan akan hilang daripada  perbendaharaan kata kita untuk seketika,” katanya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI