fbpx
MIR meraih tempat ketiga pada GP Malaysia sekali gus menjadi podium kedua dalam empat perlumbaan setakat ini.

MotoGP: Kesabaran Mir berbuah hasil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Kesabaran pelumba Sepanyol, Joan Mir bersama pasukan Honda akhirnya membuahkan hasil apabila dia meraih podium kedua dalam empat perlumbaan terakhir di Grand Prix (GP) Malaysia, yang berakhir Ahad lalu.

Pelumba itu menamatkan perlumbaan di Litar Antarabanga Sepang (SIC) di tempat ketiga dan menegaskan keyakinannya terhadap kemampuan Honda untuk kembali ke tahap terbaik tidak pernah luntur, walaupun melalui tempoh paling sukar dalam kerjayanya.

“Saya tidak pernah meletakkan sebarang keraguan, terutama soal kebangkitan Honda. Itulah sebabnya, walaupun dalam situasi terburuk, saya memperbaharui kontrak untuk dua tahun lagi.

“Saya percaya dengan projek ini dan semua yang bekerja keras membangunkan jentera terbaik. Apabila wujud keyakinan, kejayaan akan datang. Ia soal masa dan usaha,” kata Mir.

Kejayaan di Sepang itu hadir selepas Mir berdepan tekanan apabila terbabas dalam perlumbaan pecut pada Sabtu ketika sedang bersaing untuk kedudukan keempat dan berdepan tekanan hebat untuk mengelak daripada mengulangi kesilapan dalam perlumbaan utama.

“Saya tahu apa yang mampu kami lakukan pada perlumbaan Ahad. Saya perlu ambil lebih risiko berbanding pelumba lain dan tidak mahu tajuk berita ‘Mir gagal tamatkan Perlumbaan’ muncul lagi! Saya mahu tamat perlumbaan di podium.

“Apabila Pecco (Bagnaia) mula bergelut, saya mengerahkan segala-galanya yang saya ada dan berjaya menaiki podium di Malaysia. Podium ini juga untuk mereka (Honda). Ia bukan hasil kerja jangka pendek, tetapi usaha jangka panjang selama tiga tahun saya di sini,” katanya.

Ditanya mengenai peluang mencabar kemenangan, Mir kekal merendah diri dan mahu beberapa perkara ditambah baik terutama mengenai kestabilan jentera terutama sekali di selekoh.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI