fbpx
Gambar menunjukkan beberapa ekor anjing yang dikurung di dalam sangkar. - Unsplash

Jakarta akan haramkan makan daging anjing, kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Jakarta akan mengharamkan penjualan dan pengambilan daging anjing serta kucing dalam usaha melindungi orang ramai daripada jangkitan rabies atau penyakit anjing gila selain mempromosikan kebajikan haiwan, lapor portal berita VNExpress. 

Gabenor Jakarta, Pramono Anung berkata, langkah baharu itu akan dimuktamadkan dalam tempoh sebulan bagi melarang orang ramai daripada menjual, menghidang atau memperdagangkan daging anjing serta kucing. 

“Situasi perdagangan daging anjing di Jakarta sangat membimbangkan dan tindakan segera perlu dilakukan untuk membendungnya,” kata Pramono selepas bertemu ahli- ahli organisasi bukan kerajaan, Dog Meat Free Indonesia (DMFI) pada 13 Oktober lalu. 

Jakarta bebas daripada wabak anjing gila selama 21 tahun dan tersenarai dalam 11 wilayah tanpa penyakit itu di Indonesia. Negara berkenaan memiliki 38 wilayah.

Pihak berkuasa berharap larangan tersebut akan membantu mengekalkan kedudukan Jakarta ketika Indonesia berusaha untuk menghapuskan penyakit rabies di seluruh negara menjelang 2030.

Kira-kira 9,000 ekor anjing dibunuh untuk dijadikan makanan di Jakarta pada setiap bulan, lapor laman berita Jakarta Post. 

Kebanyakan anjing tersebut adalah haiwan peliharaan yang dicuri atau dari jalanan, demikian menurut aktivis-aktivis kebajikan haiwan.

Ahli Majlis Kota Raya Jakarta, Francine Widjojo berkata, usul larangan itu sejajar dengan undang-undang keselamatan makanan negara dan kewajipan moral untuk mencegah kekejaman terhadap haiwan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI