fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat, angin kencang landa 5 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk di lima negeri petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga pukul 7 malam.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kedah melibatkan daerah Padang Terap, Baling, Kulim dan Bandar Baharu,” kata kenyataan itu, hari ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk turut dijangka berlaku di seluruh Pulau Pinang, manakala Perak melibatkan Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak.

“Sementara itu di Sarawak melibatkan Kuching (Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit, Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi).

Turut terkesan cuaca buruk sama adalah Sabah di Pedalaman (Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Beluran dan Sandakan),” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI