fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat, angin kencang landa 4 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk di empat negeri pagi ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga pukul 11 pagi.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh Perlis dan Pulau Pinang,” kata kenyataan itu hari ini. Menurut MetMalaysia, cuaca buruk turut dijangka berlaku di Kedah melibatkan daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Bandar Baharu.

“Sementara itu cuaca buruk di Perak dijangka berlaku di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI