fbpx
Seekor kucing bernama Misai peliharaan warga kerja di sebuah stesen minyak di Beseri yang hilang sejak Ahad lalu.

‘Tolong pulangkan Misai kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Kalau ada siapa terambil, kami maafkan tapi mintak jasa baik hantar balik dekat stesen”.

Itu pesanan warga kerja di sebuah stesen minyak di Beseri, Perlis selepas seekor kucing di bawah jagaan mereka yang bernama Misai, hilang Ahad lalu.

Menerusi satu hantaran di media sosial @ShellBeseri, Misai dimaklumkan masih dalam proses rawatan susulan penyakit yang dihidapi.

“Kami ada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan kami rindu kucing kesayangan kami. Misai juga ada penyakit FIP dan dia tak sihat kami tengah (dalam) proses rawat dia.

“Tolonglah mana yang ambil atau terambil, hantar balik. Tolong ‘repost’ supaya si pelaku hantar balik kucing stesen,” katanya.

Menerusi perkongsian itu @ShellBeseri memberitahu, kali terakhir Misai dilihat adalah pada pukul 1.27 pagi, Ahad lalu.

“Tuan Hilux, kalau awak tengok hantaran ni, mungkin awak tak ada niat nak mencuri pun, sebab misai memang tak pakai uniform Shell dan tak pakai collar.

“Boleh tak saya mohon kepada warga orang baik TikTok, jangan kecam tuan Hilux ni. Yang kenal, sampaikan pesanan, bawa Misai jumpa kami,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI