fbpx
Sultan Nazrin (kiri) berkenan melawat bangunan selepas merasmikan Majlis Perasmian Sunway Medical Centre Ipoh hari ini. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Sunway Medical Centre Ipoh kukuhkan Ipoh sebagai hab kesihatan bersepadu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Pembangunan hospital swasta terbaharu, Sunway Medical Centre Ipoh membabitkan nilai pelaburan melebihi RM430 juta memperkukuh kedudukan bandar raya ini sebagai hab kesihatan bersepadu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kehadiran hospital kelima dalam rangkaian Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway (Sunway Healthcare Group) itu bukan sahaja memperluas akses kepada rawatan moden untuk rakyat, malah melengkapkan peta pelaburan kesihatan negara.

Katanya, ia juga mencerminkan kemajuan besar dan kemampuan negeri Perak dalam menerima serta memanfaatkan teknologi perubatan bertaraf antarabangsa.

“Hari ini kita menyaksikan bagaimana usaha berterusan memperkasa ekosistem kesihatan negeri diterjemahkan melalui kemudahan bertaraf dunia oleh Kumpulan Sunway.

“Kehadiran hospital ini membuktikan keyakinan pelabur terhadap potensi negeri ini sebagai destinasi utama pelaburan dan pelancongan kesihatan di utara tanah air,” katanya dalam sembah ucapan pada Majlis Perasmian Pusat Perubatan Sunway Ipoh, di sini hari ini.

Majlis perasmian pusat perubatan berkenaan disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Berangkat sama, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Menurut Saarani, Sunway Medical Centre Ipoh menampilkan kemudahan perubatan canggih dan sistem rawatan moden yang mampu mempertingkatkan ketepatan diagnosis serta keberkesanan pemulihan pesakit.

Katanya, kemudahan baharu ini melengkapkan ekosistem kesihatan swasta di Ipoh yang telah lama terbina. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI