fbpx
ASKAR Afghanistan berkawal berhampiran sebuah rumah yang rosak di daerah Spin Boldak, wilayah Kandahar pada 16 Oktober lalu. – AFP

Rundingan damai gagal, risiko perang Pakistan-Afghanistan serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISLAMABAD – Pakistan mengumumkan bahawa rundingan bagi mencapai gencatan senjata berkekalan dengan Afghanistan  ‘gagal’ ’ dan memberi amaran Islamabad akan bertindak untuk melindungi rakyatnya.

Pakistan dan Afghanistan berunding di Istanbul untuk menjamin keamanan selepas pertempuran sempadan paling berdarah antara dua jiran Asia Selatan itu dalam tempoh beberapa tahun tercetus baru-baru ini.

Keganasan di sempadan  yang mengorbankan lebih 70 orang dan mencederakan ratusan lagi meletus berikutan letupan di Kabul pada 9 Oktober lalu. Kerajaan Taliban menyalahkan Pakistan berhubung letupan itu.

“Malangnya, Afghanistan tidak memberi jaminan, menyimpang daripada isu utama dan menggunakan taktik mencari kesalahan, mengelak serta muslihat.

“Dialog ini gagal membawa sebarang penyelesaian yang boleh dilaksanakan,” kata Menteri Penerangan Pakistan, Attaullah Tarar di platform X selepas empat hari rundingan  dihoskan oleh Qatar serta Turkiye.

Hubungan Pakistan dan Afghanistan  yang berkongsi sempadan sepanjang 2,600 kilometer itu tegang dalam beberapa tahun kebelakangan ini selepas Islamabad menuduh  Kabul melindungi kumpulan militan yang melancarkan serangan di Pakistan.

Kebimbangan utama Islamabad adalah kumpulan pemberontak Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP)  yang mana Pakistan menuntut  tindakan Afghanistan.

Pakistan menuduh kerajaan Taliban membenarkan TTP menggunakan wilayah Afghanistan sebagai ‘pangkalan latihan dan titik permulaan untuk aktiviti pengganas’, demikian menurut kenyataan Tarar.

Kerajaan Taliban secara konsisten menafikan tuduhan Islamabad.

Menteri Pertahanan Pakistan,  Khawaja Asif memberi amaran pada Sabtu lepas bahawa kegagalan mencapai persetujuan dalam rundingan damai boleh mencetuskan ‘perang terbuka’. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN