fbpx
Suasana ruang kerja moden di WORQ yang menjadi pilihan anak muda dan profesional.

WORQ dorong anak muda kuasai dunia keusahawanan fleksibel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dalam era ekonomi moden yang pantas berubah, anak muda Malaysia semakin berani mencabar kebiasaan dengan meneroka lebih daripada satu bidang kerjaya.

Muhammad Ashraf Zainal Abidin, 30, antara contoh terbaik apabila berjaya mengimbangi dua dunia berbeza iaitu Takaful dan Media Digital.

Graduan Kejuruteraan dari Brunel University London itu kini mengurus perniagaan di bawah ABIQ Group Sdn. Bhd., beroperasi di ruang kerja kongsi WORQ.

WORQ mempunyai lebih 11 cawangan seluruh negara dan dikenali sebagai ruang kerja bersama pertama di Malaysia yang menyediakan surau luas dan selesa.

Menurut Ashraf, WORQ bukan sekadar tempat bekerja, sebaliknya ekosistem profesional yang menitikberatkan nilai hormat, keseimbangan spiritual dan budaya tempatan.

“Bagi saya, WORQ bukan sekadar tempat bekerja tetapi ekosistem profesional yang menghormati nilai dan budaya tempatan. Ia memberi saya keseimbangan antara kerja, spiritual dan sosial, lebih membanggakan, terdapat surau disediakan,” katanya.

Dalam bidang Takaful, Ashraf berperanan sebagai perunding kewangan berasaskan syariah dan telah meraih pengiktirafan antarabangsa apabila tersenarai dalam Million Dollar Round Table (MDRT) selama lima tahun berturut-turut, selain dianugerahkan Court of Table (COT) pada 2024.

Pada masa sama, beliau menerajui syarikat media digital yang menyediakan perkhidmatan penghasilan kandungan dan pemasaran dalam talian.

“Bidang Takaful memenuhi nilai kemasyarakatan saya, manakala media digital membolehkan saya mengekspresikan kreativiti. Saya percaya kedua-duanya saling melengkapi dan industri takaful kini” ujarnya.

Ashraf turut memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam kerjaya media digitalnya, membolehkan proses penerbitan kandungan dilakukan dengan lebih cepat dan efisien.

“Dulu saya ambil masa dua hari untuk siapkan video, kini hanya beberapa jam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI