fbpx
BALVEER SINGH menunjukkan rampasan dadah pada sidang akhbar di IPD Johor Bahru Utara, Johor Bahru hari ini. Foto BAZLAN IBRAHIM/KOSMO!

Tauke tersungkur diberkas bersama pelanggan, dadah RM1.38 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kegiatan seorang lelaki yang aktif menjalankan perniagaan haram mengedar dadah dalam kalangan rakan rapat sejak enam bulan lalu akhir tersungkur apabila dia diberkas bersama dua pelanggan dalam serbuan di sebuah rumah di Tampoi di sini, Selalu minggu lalu.

Dalam serbuan bermula pukul 6 petang itu, kesemua suspek yang diberkas merupakan warga tempatan masing-masing berusia antara 27 hingga 42 tahun.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, dalam serbuan itu, pihaknya berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1,384,540. “Antara dadah yang dirampas ialah serbuk MDMA seberat 8.16 kilogram (kg), serbuk ekstasi (2.46kg), ketamin (24.73 gram (g), pil ekstasi (6.4g), pil eramin (3.29g).

“Jumlah keseluruhan dadah dirampas ialah 10.66kg dengan nilai pasaran dianggarkan RM1.38 juta),”katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di sini hari ini.

Balveer Singh berkata, modus operandi digunakan sindiket ialah mendapatkan bekalan dadah di sekitar Johor Bahru sebelum dibungkus dalam peket kecil di dalam rumah.

Suspek kemudiannya akan mengedarkan dadah berkenaan kepada kenalan rapat yang menjadi pelanggan tetap.

Beliau menambah, hasil siasatan lanjut mendapati, sindiket ini sudah aktif sejak April lalu selain suspek ketiga yang ditahan merupakan pengedar.

Manakala, suspek pertama dan kedua adalah pelanggan masing-masing bekerja sebagai pembantu kedai serta kontraktor binaan.

Kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Balveer Singh berkata, selain rampas dadah, polis turut merampas alat membungkus dadah serta dua buah kereta serta motosikal.

Mereka direman selama tujuh hari bermula 23 Oktober hingga esok untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI