fbpx
Remaja hilang berkenaan, Muhamad Sah.

Pemuda hilang seminggu rupanya bantu kawan jual burger

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Misteri kehilangan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu akhirnya terjawab apabila dia pulang semula ke rumah keluarganya di Bukit Beruntung, di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, Muhamad Sah Julasili, 21, sebelum itu pergi ke rumah rakannya dikenali sebagai Hafiz di Batu 10, Jalan Gombak.

Katanya, semasa berada di sana, lelaki itu tinggal di rumah Hafiz dan bekerja di kedai burger milik rakannya di kawasan berkenaan. “Lelaki itu tidak memaklumkan kepada keluarganya mengenai keberadaannya kerana mendakwa telefon bimbitnya rosak. Dia juga mempunyai kunci rumah pengadu dan boleh pulang pada bila-bila masa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pada pukul 6 petang, 24 Oktober lalu, Muhamad Sah menghubungi isterinya di Kunak, Sabah dan dimaklumkan abang iparnya membuat laporan polis.

“Selepas mengetahui perkara itu, lelaki tersebut segera pulang ke rumah abangnya di Bukit Beruntung,” ujarnya.

Lelaki tersebut kemudian membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa bagi memaklumkan dia sudah kembali ke rumah dan kes dianggap selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI