fbpx
Luxon pada Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN–New Zealand sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di KLCC hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

ASEAN ke-47: New Zealand perkukuh kerjasama rapat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – New Zealand menegaskan komitmen untuk terus memperkukuhkan hubungan strategik bersama ASEAN dalam usaha membentuk rantau Indo-Pasifik yang aman, stabil dan makmur berteraskan undang-undang antarabangsa.

Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon berkata, dalam suasana ketidaktentuan di dunia dan rantau ini, New Zealand tetap teguh untuk berkongsi keyakinan bersama ASEAN.

“Kepentingan terhadap berbicara berbanding senjata keras, dunia yang tertib berasaskan peraturan, tentang dunia yang mana perdagangan adalah terbuka, selain rantau Indo-Pasifik yang stabil dan makmur dengan ASEAN teras kepada struktur serantau berasaskan undang-undang antarabangsa. “ASEAN dan New Zealand bersama-sama mempunyai keupayaan untuk membentuk masa depan rantau dan dunia. Kami akan terus bekerjasama rapat untuk mencapai matlamat itu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan pembukaan Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN–New Zealand sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Luxon berkata, hubungan ASEAN–New Zealand kini meliputi semua bidang daripada pendidikan, pertanian, tenaga boleh diperbaharui dan ekonomi digital.

“Melalui kerjasama ini, kita menjadikan antara satu sama lain lebih makmur dan lebih selamat dalam dunia yang penuh cabaran.

“Hubungan kita berteraskan keamanan, perkongsian dan saling menghormati. New Zealand amat menghargai peranan ASEAN sebagai platform perundingan utama, menghimpunkan pelbagai negara dan pandangan dalam membincangkan isu-isu yang memberi kesan kepada kita semua,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN