fbpx
GAMBAR fail sebuah kedai peruncitan Amazon di Horn-Bad Meinberg, Jerman. - Foto AFP

Amazon buang 30,000 pekerja korporat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Syarikat e-dagang Amerika Syarikat (AS), Amazon bersiap sedia untuk memberhentikan sehingga 30,0000 kakitangan korporat, beberapa bulan selepas Ketua Pegawai Eksekutifnya memberi amaran kepada pekerja kolar putih bahawa pekerjaan mereka mungkin digantikan oleh teknologi kecerdasan buatan (AI).

Akhbar The Guardian melaporkan, tindakan itu berlawanan dengan langkah pengambilan pekerja besar-besaran gergasi runcit online tersebut semasa pandemik Covid-19 pada 2020.

Syarikat teknologi yang berpangkalan di Seattle, Washington itu dilaporkan merancang untuk memecat sehingga 30,000 pekerja korporat bermula hari ini, demikian menurut beberapa laporan termasuk akhbar The Wall Street Journal dengan memetik sumber yang tidak dinamakan. 

Tindakan itu bertujuan mengurangkan kos operasi dan membatalkan pengambilan besar-besaran yang dilakukan semasa kemuncak pandemik Covid-19.

Ketika itu, Amazon menyaksikan lonjakan luar biasa dalam permintaan untuk membeli-belah menerusi online.

Walaupun pemberhentian itu hanya melibatkan sebahagian kecil daripada jumlah tenaga kerja global Amazon yang mencecah 1.55 juta orang, ia akan menjejaskan kira-kira 10 peratus daripada 350,000 kakitangan korporatnya. 

Saluran berita CNBC menyifatkan langkah itu sebagai pemberhentian terbesar dalam sejarah syarikat tersebut.

Pada Jun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan itu, Andy Jassy memberitahu pekerja bahawa AI iaitu alat yang melaksanakan tugas secara automatik dan sistem generatifnya seperti chatbot akan memerlukan jumlah pekerja yang lebih kecil dalam sesetengah bahagian.

“Sukar untuk mengetahui dengan tepat bagaimana kesannya dalam jangka panjang tetapi dalam beberapa tahun akan datang, kami menjangkakan perkara ini mengurangkan jumlah keseluruhan tenaga kerja korporat kami,” tulis Jassy dalam satu memo kepada kakitangan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Amazon telah melakukan pengurangan tenaga kerja dalam jumlah kecil di beberapa bahagian termasuk peranti, komunikasi, audio siar dan lain-lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI