KEMAMAN – Kira-kira 300 penduduk di Felda Neram II, di sini berada dalam kebimbangan ekoran kemunculan sekumpulan gajar liar menceroboh perkampungan mereka sejak Jumaat lalu. Kumpulan haiwan liar terbabit bukan sahaja merosakkan hasil tanaman malah menghampiri penempatan penduduk. Salah seorang penduduk, Zawiyah Yahya, 59, mendakwa 500 batang pokok pisang dan kelapa diusahanya rosak dikerjakan gajah-gajah liar terbabit. “Terkejut saya melihat hampir semua tanaman yang diusahakan di kebun musnah. “Saya amat yakin ia perbuatan kumpulan gajah liar berikutan penemuan tapak kaki…














