PETALING JAYA – Penyanyi dan pempengaruh, Farez Adnan meluahkan rasa kesal apabila ada kenalan sendiri yang meminta dia membuat persembahan nyanyian secara percuma di majlis perkahwinan.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Farez berkongsi situasi yang sering dialami apabila sesetengah individu tidak menghormati kerjayanya dalam bidang nyanyian dan menganggap ia boleh dilakukan tanpa bayaran hanya atas dasar persahabatan.
Menurutnya, nyanyian adalah sumber rezekinya dan sebahagian daripada perniagaan yang menjadi punca pendapatan utama untuk menyara keluarga.
“Kerja saya sebagai penyanyi, saya bekerja menyanyi untuk dapat duit,” ujarnya.
Farez turut menyatakan bahawa individu luar kadang-kala lebih menghargai seni dan usaha seseorang berbanding kenalan sendiri.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan terhadap hantaran tersebut.
“Kene faham. Ini kerjaya dia. Masa tenaga dia digunakan. Walaupun nyanyi je. kalau kita dekat tempat dia pun kita akan buat benda yg sama. farez ada hak utk bersuara,” ujar @Effamadihaa.
“Aku selalu kena macam ni. Nak grand tapi bayar murah,” kata @Ikmal Hakimie. – KOSMO! ONLINE.














