fbpx
GERFAN (tengah) bersama Farzurullah (kanan) dan Khairi berdiri di atas podium selepas majlis penyampaian pingat semalam.

Pinjam galah masih raih pingat perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ketiadaan galah tidak menghalang atlet lompat bergalah muda negara, Gerfan Nigel Frank untuk mencipta sensasi menaiki podium sebagai pemenang pingat perak Sukan Remaja Asia (AYG) 2025 di Bahrain semalam.

Difahamkan, permata berusia 15 tahun terpaksa meminjam galah daripada peserta Singapura pada aksi final di Stadium Nasional Bahrain tetapi masih berupaya mencipta kejutan termasuk mengukir rekod peribadi baharu.

“Kita mampu cipta kejutan walaupun galah terpaksa pinjam dari negara lain oleh kerana penerbangan Emirates tidak membenarkan kita untuk membawa galah sendiri,” kata jurulatihnya, Mohamad Farzurullah Rosli.

Lompatan 4.50 meter (m) Gerfan dari Sekolah Sukan Malaysia Sabah itu bukan sahaja meraih pingat perak, tetapi turut menjadi rekod peribadi baharu, mengatasi catatan terdahulu 4.30m.

Pingat emas acara itu dimenangi atlet Thailand, Tanakorn Daengmanee menerusi rekod baharu kejohanan 5.00m, memadam catatan lama 4.81m dicipta Sho Hibasa dari Jepun pada edisi Singapura 2009.

Tempat ketiga pula menjadi milik Yunfan Jiang yang meminjamkan galahnya kepada Gerfan selepas mengatasi had ketinggian 4.40m

Ketua jurulatih skuad olahraga negara ke AYG 2025, Muhd. Khairi Amri amat berbangga dengan pencapaian itu memandangkan ia satu-satunya pingat berjaya dimenangi anak-anak buahnya sepanjang kejohanan itu.

“Secara keseluruhannya pencapaian atlet olahraga muda negara kini berada dalam keadaan baik kerana masing-masing berjaya melakukan catatan peribadi terbaik selain ada yangg mengalami kecederaan semasa pertandingan.

“Satu pingat perak ini amat berharga kerana rata-rata atlet kita berusia 15 tahun dan tidak pernah dibawa menyertai mana-mana temasya sukan peringkat ASEAN atau Asia. Namun, mereka tunjukkan semangat juang tinggi seolah-olah dahagakan kejayaan.,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI