fbpx
Auddra menyimpan hasrat untuk mengacarakan rancangan televisyen (TV) bersama dua sahabatnya iaitu Ammar Haikal dan Ehmad Hadie. Auddra atau lebih dikenali sebagai Odah, 16, menjelaskan idea tersebut tercetus selepas ramai peminat menyuarakan kerinduan terhadap keletah mereka.

Odah impi kendali rancangan bersama Ammar, Hadie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Semakin akrab sejak menyertai program Talk To My Manager (TTMM), penyanyi Auddra menyimpan hasrat untuk mengacarakan rancangan televisyen (TV) bersama dua sahabatnya iaitu Ammar Haikal dan Ehmad Hadie.

Auddra atau lebih dikenali sebagai Odah, 16, menjelaskan idea tersebut tercetus selepas ramai peminat menyuarakan kerinduan terhadap keletah mereka.

“Sebenarnya, kalau ada sesiapa atau Astro yang tengok (temu bual), kami memang nak rancangan trio (bertiga).

“Ramai netizen komen rindu Trio Mut (nama kumpulan). Kami pun rindu sebenarnya.

“Kami nak pergi pulau atau bercuti, boleh buat drama. Suka kan macam itu, mesti seronok,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Berkongsi lanjut, anak kepada penyampai radio Sharifah Shahirah itu memaklumkan hubungan mereka bertiga kekal rapat walaupun program TTMM berakhir.

“Kami memang berhubung setiap hari. Saya akan kacau mereka dan mereka sebenarnya rimas dengan saya.

“Memang ada kumpulan WhatsApp kami sebab selalu mesej ‘dekat mana?’.

“Kami selalu borak mengenai TTMM atau ajak keluar lepak,” katanya lagi.

Sebelum ini, Odah, Ammar dan Hadie mula rapat selepas sama-sama menyertai program TTMM.

Keakraban mereka sering menjadi perhatian peminat hingga ada yang mengusik kononnya wujud hubungan istimewa antara mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI