fbpx
Tangkap layar video menunjukkan detik kereta itu dihempap kontena treler yang tergelincir akibat permukaan jalan licin. - X

Kereta dilibas kontena treler 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUCHAREST – Dua orang ditemui mati selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap kontena sebuah treler yang hilang terbabas di jalan raya di Romania, lapor akhbar The Sun UK.

Kejadian berlaku di Drăgușeni, daerah Laşi, baru-baru ini.

Rakaman video kemalangan di platform X menunjukkan treler itu tiba-tiba tergelincir sebelum kontena ditundanya melibas sebuah kereta berwarna hitam yang berhenti dari arah berlawanan.

Pelanggaran kuat itu menyebabkan bumbung kereta tercabut.

Polis mengesahkan bahawa pemandu dan penumpang kereta ditemui mati apabila pasukan kecemasan tiba di lokasi kejadian.

“Pemandu treler berumur 54 tahun dilaporkan hilang kawalan semasa memandu sebelum melanggar kereta yang dinaiki mangsa.

“Pemandu itu terselamat dan tiada kecederaan serius,” kata polis sambil menambah, kemalangan itu masih disiasat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI