Beberapa minggu lalu, institusi pendidikan negara kita digemparkan dengan pelbagai insiden yang memilukan bermula dengan kes buli, kematian di sekolah, rogol berkumpulan sehinggalah paling tragis pembunuhan. Ramai terkejut, ramai juga yang bersedih kerana kelakuan anak-anak di bangku sekolah ketika ini jauh melangkaui perbuatan zaman ‘kita’ di bangku sekolah dulu. Seingat penulis, sewaktu belajar di salah sebuah sekolah berasrama dulu, paling ‘ekstrem’ kes buli yang berlaku adalah serkup sarung bantal di kepala dan pukul secara beramai-ramai. Tetapi, itu pun mangsa tidak……














