fbpx
GAMBAR HIASAN

Tren di Laluan MRT Putrajaya dipandu secara manual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkhidmatan tren bagi Laluan MRT Putrajaya yang mengalami gangguan semboyan kini dipandu secara manual antara Stesen Kwasa Damansara hingga Putrajaya Sentral bagi memastikan keselamatan perjalanannya.

Menerusi hantaran di Facebook, Rapid KL berkata, akibat daripada mod pemanduan manual ini, tren akan berhenti lebih lama daripada biasa di setiap stesen.

“Perkhidmatan bas perantara percuma turut disediakan dengan kekerapan bas adalah setiap 15 hingga 20 minit bergantung kepada keadaan trafik semasa,” ujarnya.

Menurutnya, pengguna dinasihatkan supaya mempertimbangkan alternatif perjalanan lain sementara kerja-kerja pemulihan sistem dijalankan.

Untuk rekod, stesen perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya (Stesen Ampang Park dan KLCC), manakala MRT laluan Putrajaya (Stesen Conlay, Persiaran KLCC dan Ampang Park) dilaporkan ditutup secara sementara bermula pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari tadi.

Tinjauan Kosmo! melaporkan pengguna meluahkan rasa panik dan kecewa terutama dengan penutupan jalan di sekitar Kuala Lumpur sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-4.

“Siapa yang curi kabel? Tadi kami naik dari Kwasa Damansara ke Sungai Buloh ambil masa 15 minit. Sepatutnya boleh sampai dalam 6 minit,” komen pengguna di X.

Orang ramai dinasihatkan untuk semak status terkini perkhidmatan melalui laman sosial Rapid KL atau aplikasi PULSE. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI