PASARAN skuter di Malaysia pada ketika ini terus berkembang dan banyak syarikat pengeluar melancarkan model-model terkini skuter di pasaran. MDua Motor Sdn. Bhd. juga tidak ketinggalan untuk berbuat demikian dan sebelum ini syarikat itu telah melancarkan dua unit model skuter di bawah jenama MODA. Kini mereka terus memeriahkan pasaran skuter dengan memperkenalkan MODA Moca. Ia merupakan sebuah skuter kompak 110cc, direka untuk penunggang yang mahukan sebuah kenderaan yang mudah digunakan di dalam bandar. Skuter MODA Moca ini mengembalikan nostalgia kerana……














