fbpx
Trump bercakap kepada media di Doha semalam. - AFP

Perjanjian damai Thai-Kemboja dimeterai sejurus Trump tiba di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang dalam penerbangan ke Malaysia bakal menyaksikan permeteraian perjanjian damai antara Kemboja dan Thailand sejurus beliau tiba di negara ini, lapor portal berita TRT World. 

“Saya dalam penerbangan ke Malaysia, di mana saya akan menandatangani perjanjian damai. Saya bangga menjadi pengantara buat Kemboja dan Thailand,” tulis Trump di platform Truth Social semalam.

Beliau selain itu turut mengucapkan takziah berikutan kemangkatan bekas Permaisuri Thailand, Sirikit semalam.

“Saya berasa sedih, bekas Permaisuri Thailand baru sahaja mangkat. Saya menyampaikan takziah kepada rakyatnya yang hebat,” kata Trump.

Trump turut merancang untuk bertemu Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 hari ini. 

Beliau juga akan menghadiri makan malam dengan pemimpin ASEAN dan dijangka menyaksikan pemeteraian penyelesaian konflik sempadan Kemboja-Thailand. 

Konflik itu berakhir selepas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pengantara bagi gencatan senjata. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI