HIRISAN pertama lapisan pastri keemasan beef Wellington itu mendedahkan daging lembut yang masih merah jambu di tengah, berjus dan harum. Bila digigit, pastrinya rangup, dagingnya pula lembut dengan rasa lemak manis yang perlahan-lahan mencair di lidah. Setiap lapisan berpadu seperti simfoni kecil yang membangkitkan rasa mewah dan hangat dalam setiap gigitan. Sajian kelas atasan dalam budaya kulinari British ini dihidangkan bersama jus, kentang lenyek dan tomato ceri panggang sebagai pelengkap rasa. Kini, menu klasik British versi halal ini boleh dinikmati……














