MELAKA – Kedukaan sepasang suami isteri atas kematian anak sulung mereka tahun lalu seolah terubat apabila dikurniakan zuriat kembar tiga hasil rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) selepas dipantau rapi selama 73 hari di dalam wad Hospital Melaka. Mejar Mohd. Fikry Amri Abdul Halim, 40, berkata, isterinya, Sabrina Hakiem Zaini, 40, melahirkan ketiga-tiga kembar itu secara pembedahan pada pukul 9.40 pagi kelmarin. Katanya, ketiga-tiga anaknya itu mempunyai iras wajah anak sulung mereka Muhammad Al Fateh Amri, 8 bulan, yang maut selepas dihantar…














