KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat memeterai kerjasama perdagangan utama dengan Kemboja dan mineral bersama Thailand susulan perjanjian damai yang ditandatangani sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 hari ini.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata, bagaimanapun kedua-dua negara perlu mematuhi usaha damai yang telah dipersetujui berhubung konflik dan pertikaian sempadan.
“Saya rasa bahawa apabila kami membuat perjanjian, kami melihat dua negara yang mana AS banyak menjalankan perniagaan bersama.
“Kita perlu menggunakan perniagaan ini untuk memastikan tidak berperang,” katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Damai Kemboja-Thailand sempena Sidang Kemuncak ASEA ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.
Turut hadir dalam majlis itu, Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi ASEAN. – KOSMO! ONLINE














