fbpx
Tangkap layar perkongsian seorang pemuda berhenti bekerja disebabkan tidak dibenarkan menunaikan solat.

Sejam saja masa solat Jumaat, jika lambat potong gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pemuda nekad berhenti kerjanya tanpa sebarang persiapan mencari pekerjaan baharu selepas mendakwa syarikat tempatnya bekerja tidak membenarkan pekerja Muslim menunaikan solat.

Menerusi perkongsian di Threads oleh @daus92ahmad, lelaki itu mendakwa syarikat berkenaan hanya memperuntukkan waktu rehat selama satu jam, termasuk untuk menunaikan solat.

Tambahnya, solat Jumaat turut perlu dilakukan dalam tempoh rehat yang diperuntukkan dan mereka yang lewat kembali ke tempat kerja akan dipotong gaji.

“Baru-baru ini saya pilih untuk berhenti kerja disebabkan syarikat saya tidak memberi ruang kepada pekerja Muslim untuk melakukan solat pada waktu bekerja, bahkan solat Jumaat juga perlu dilakukan dalam tempoh rehat selama satu jam atau akan dipotong gaji.

“Saya memilih agama saya berbanding pekerjaan itu. Buat masa ini, saya bekerja sepenuh masa dengan menjadi penghantar barang sambil mencari pekerjaan baru. Mohon doakan saya agar dipermudahkan urusan dan mendapat pekerjaan baru yang boleh menjaga iman,” tulisnya di ruangan Threads.

Perkongsian pemuda itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial, malah ada yang menasihatinya supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa berkaitan.

“Akta Kerja 1955 ada tulis rehat solat 20 minit, solat Jumaat 90 minit. Laporkan ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan cari kerja baru,” komen Ihsan Junaidi.

“Tolong semak dengan JTK. Ada klausa yang bagi pekerja Muslim dilepaskan untuk tunaikan solat Jumaat. Boleh juga ajukan kepada MP (Ahli Parlimen) awak,” kata Mohd. Hadi.

“Selalu utamakan Allah dulu. Dia pemberi rezeki, Insya-Allah rezeki awak ada tertulis untuk awak,” komen Shiz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI