fbpx
Salah sebuah rumah di Kampung Matang Pasir di Bukit Gantang yang roboh akibat dihentam arus deras banjir kelmarin. - Foto MEDIA SOSIAL

Saya tak sampai hati tengok rumah roboh – Mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT GANTANG – “Pada pukul 3 pagi saya dengar bunyi meletup, tidak lama selepas itu anak perempuan beritahu rumah dah roboh,” demikian cerita warga emas, Jamaludin Mat Jenin, 70, yang kehilangan tempat tinggal selepas rumahnya dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir di Kampung Matang Pasir di sini kelmarin.

Katanya, dia tidak menyangka bencana kali ini membawa musibah besar kerana sebelum ini kawasan tersebut tidak pernah dilanda banjir seteruk itu.

“Mujurlah semasa kejadian saya tidur di rumah anak perempuan yang terletak berhampiran. Apabila anak beritahu rumah runtuh, saya tak sampai hati nak tengok. Walaupun kawasan ini kerap dinaiki air setiap kali hujan lebat, namun arus kali ini terlalu deras menyebabkan sebahagian struktur rumah runtuh dan musnah,” katanya ketika ditemui hari ini.

Kamalludin berkata, semua barangan di dalam rumah seperti dapur, televisyen, perabot mengalami kerosakan, namun tidak hanyut kerana tersangkut pada timbunan pasir. Lelaki itu berharap kerajaan negeri dan agensi berkaitan dapat menyalurkan bantuan segera bagi membina semula rumahnya yang musnah.

“Kalau boleh biarlah ada rumah baharu untuk berteduh. Barang semua tak ada tak apa, yang penting ada tempat tinggal,” katanya.

Sementara itu, adik mangsa, Mohamad Saad Mat Jenin, 67, turut berdepan nasib sama apabila sebahagian rumahnya runtuh di bahagian dapur selepas dihentam arus kuat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN