fbpx
KELIBAT seorang individu misteri yang dirakam CCTV. - Foto English Heritage

Hantu dirakam CCTV di kastil lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Beberapa kakitangan Kastil Chester yang wujud sejak zaman pertengahan di Britain mendapati mereka mempunyai pengunjung misteri yang tidak dapat dijelaskan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Sebuah organisasi yang memulihara tapak bersejarah, English Heritage berkongsi imej penampakan hantu di lokasi itu.

Imej memaparkan kelibat pucat seorang individu berpakaian gelap dan memakai penutup kepala.

Ia dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di hadapan pintu utama baru-baru ini.

Kakitangan English Heritage dikejutkan pada tengah malam apabila kamera pengesan pergerakan mengesan pergerakan luar biasa tersebut.

“Kisah menyeramkan tentang ‘roh’ yang kembali telah diceritakan sejak awal sejarah bertulis dan menjadi satu cara untuk kita memahami hubungan kita dengan orang yang telah meninggal dunia serta masa lalu,” kata Kurator English Heritage, Dr. Michael Carter. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI