KLUANG – Dua beranak maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Kampung Kenangan, Machap di sini petang tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Shoromi Salleh berkata, kemalangan itu melibatkan lima mangsa yang menaiki kereta Perodua Kancil, van dan pacuan empat roda. “Dalam kemalangan itu, pemandu kereta iaitu wanita dan remaja lelaki berusia 15 tahun maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Shoromi, seorang lagi penumpang kereta iaitu kanak-kanak lelaki, pemandu van berusia 53 tahun dan pemandu pacuan empat roda yang cedera dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.-KOSMO! ONLINE














