fbpx
GAMBAR fail tentera Israel ditempatkan di Bandar Nablus, Tebing Barat. - Foto AFP

Trump ancam putus hubungan dengan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam akan memutuskan hubungan dengan Israel jika Tel Aviv meneruskan rancangan untuk meluaskan penempatan haram di Tebing Barat, lapor portal berita MailOnline semalam.

Ia merupakan satu tindakan luar biasa yang menggambarkan tekanan yang dihadapi Trump untuk mencapai perdamaian di Asia Barat.

Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menentang rancangan perluasan tersebut.

Namun, kumpulan kecl sayap kanan di Baitulmaqdis melihat langkah itu sebagai cara untuk menghalang pembentukan negara Palestin.

Naib Presiden AS, JD Vance yang bergegas ke Israel minggu ini ketika pengeboman di Semeranjung Gaza kembali meningkat mengecam parlimen Israel semalam.

Beliau menuduh parlimen itu melakukan penghinaan peribadi selepas ahli-ahlinya mengundi menyokong perluasan penempatan haram di Tebing Barat.

Bercakap di lapangan terbang Tel Aviv sebelum berlepas, naib presiden itu menyifatkan undian tersebut sebagai tindakan politik yang sangat bodoh.

“Saya secara peribadi terasa dihina oleh perkara itu. Dasar pentadbiran Trump ialah Israel tidak boleh meluaskan penempatan haram secara paksa di Tebing Barat,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN