PETALING JAYA – “Nak buang sampah biar ada rupa manusia, bukan gaya hantu”.
Itu reaksi seorang lelaki yang meluahkan rasa kesal apabila mendapati bilik sewanya dalam keadaan berselerak dan berbau busuk.
Menerusi perkongsian di Threads, lelaki tersebut ditegur rakan sebiliknya sebaik tiba supaya mengemas bilik terlebih dahulu.
“Baru sampai rumah pagi tadi, ingat nak terus rehat sebab perjalanan jauh tapi roommate (rakan sebilik) cakap ‘jangan masuk dulu’.
“Aku dah rasa pelik tapi abaikan saja. Masuk sahaja bilik, terus kena serang bau busuk yang tak boleh dijelaskan dengan kata-kata,” ujarnya.
Difahamkan, sampah di bilik tersebut melimpah hingga keluar daripada tong sampah yang menyebabkan bau busuk.
“Bila aku tanya, ‘kenapa bilik sepah?’ alasannya sebab duduk seorang. Duduk seorang lesen jadi pengotor ke?,” tambahnya.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi termasuk berkongsi ‘pengalaman ngeri’ yang sama.
“Awak kena bawa kawan awak pergi pusat perubatan syifa rasanya. Perangai macam jin,” kata Shafiq.
“Waktu saya belajar dulu, roommate (rakan sebilik) saya buat macam R&R (Rehat dan Rawat) sahaja. Baju dia tak basuh dan berlonggok atas katil,” komen @Sarifunazmi.s – KOSMO! ONLINE














