PETALING JAYA – Kospet, inovator global dalam teknologi jam tangan pintar lasak, telah melancarkan jam tangan paling canggih iaitu model TANK T4 dan TANK M4 yang direka untuk peminat yang cergas, lasak dengan menjalani aktiviti tanpa had.
Memiliki ketahanan yang ekstrem, penjejakan kesihatan yang tepat, peta luar talian dan navigasi yang tepat menjadikan ia bakal menjadi pilihan peminat jam daripada koleksi berkenaan kerana ia mengikut piawaian ketenteraan MIL-STD-810H dan rintangan air 10ATM/IP69K.
Pengarah Pemasaran Kospet, Johnathan Zheng berkata, di bawah tema Trust Anchored, Horizons Ignited, kedua-dua model telah menerima sambutan hangat di seluruh dunia malah telah memperoleh penghargaan Emas di Anugerah Reka Bentuk MUSE 2025 dan Anugerah Reka Bentuk London.
Lebih menarik, jam tangan siri TANK T4 dengan bangganya diketuai oleh Cole Hocker, pemenang pingat emas dalam acara 1500 meter di Sukan Olimpik Musim Panas 2024 yang mana kegigihan, kelajuan dan keazaman beliau merangkumkan semangat siri TANK.
“Ini menunjukkan jam tangan tersebut dibina untuk mereka yang melampaui batas dan hanya mahukan yang terbaik daripada peralatan mereka.
“TANK T4 dan M4 mewakili langkah paling berani kami setakat ini dalam menggabungkan kecemerlangan reka bentuk dengan teknologi sedia untuk aktiviti luar.

“Kami telah membina peranti ini untuk mereka yang melampaui batas, sama ada di bawah air, di denai gunung atau di gimnasium.
“Kami teruja untuk membawa inovasi ini ke pasaran Malaysia, yang mana kami tahu terdapat komuniti pengguna yang semakin berkembang yang menuntut prestasi, ketahanan dan gaya dalam satu,” katanya dalam kenyataan.
Teras TANK T4 dan M4 adalah bateri kobalt tulen berkapasiti tinggi 500mAh yang digandingkan dengan platform dwi-teras ATS3089, memberikan hayat bateri sehingga 15 hari dengan sekali cas dan sehingga 22 jam dalam mod GPS berterusan.

Peranti ini juga menampilkan paparan AMOLED bertenaga yang dilindungi oleh Corning® Gorilla® Glass, dengan kecerahan puncak 1000 nits dan fungsi sentuhan basah yang lancar, sesuai untuk persekitaran yang paling sukar.
Selain itu, ia juga merentasi sempadan prestasi dengan kedua-dua jam tangan pintar menawarkan GNSS dwi-jalur dengan enam sistem satelit global dan navigasi peta luar talian beserta import laluan GPX/KML.
Ia pastinya akan memberikan ketepatan lokasi yang tiada tandingan walaupun tanpa isyarat dan juga memiliki algoritma OPDR proprietari meningkatkan kestabilan GPS di kawasan isyarat lemah.
TANK T4 dan M4 juga dilengkapi dengan mod penjejakan selaman khusus, termasuk metrik untuk kedalaman, masa tanpa penyahmampatan (NDL), suhu dan kelajuan pendakian/penurunan, menyokong sehingga 45 meter menyelam bebas, skuba atau tolok.
Daripada aspek pemantauan kesihatan juga komprehensif, dikuasakan oleh sensor biometrik VC9213 4PD, menjejaki kadar denyutan jantung, oksigen darah, mood, tekanan, peringkat tidur dan banyak lagi.
Semua itu boleh diakses melalui satu ketikan dan dengan ciri pintar seperti panggilan Bluetooth, pemberitahuan aplikasi dan taklimat pagi melengkapkan fungsi gaya hidup.
TANK T4 dan TANK M4 boleh dibeli di Malaysia melalui kedai rasmi KOSPET dalam talian dan kedua-dua model dijual pada harga RM699, dengan pakej awal serta hadiah eksklusif. -KOSMO! ONLINE














