fbpx
Pengerusi I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong

I-Berhad rekod PBT tertinggi RM26.8 juta suku ke-3 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemaju induk i-City, I-Berhad mengumumkan keuntungan sebelum cukai (PBT) suku tahunan tertingginya sebanyak RM26.8 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2025.

Ini menandakan satu lonjakan 74 peratus berbanding RM15.4 juta yang dicapai tahun lalu, manakala hasil direkodkan berjumlah RM81.3 juta.

Segmen Pembangunan Hartanah kekal sebagai pemacu pendapatan utama, merekodkan hasil RM42.1 juta, peningkatan 51 peratus tahun ke tahun didorong oleh pengebilan progresif daripada BeCentral Serviced Residences, di samping momentum jualan memberangsangkan bagi i-City dan 8 Kia Peng.

Segmen Pelaburan Hartanah pula menyumbang hasil RM6.8 juta, manakala segmen Riadah dan Hospitaliti mengekalkan trajektori menaik dengan hasil RM31.8 juta.

Secara kumulatif, bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2025, I-Berhad mencapai jumlah pendapatan RM205.6 juta dan PBT sebanyak RM53.4 juta, masing-masing merupakan pertumbuhan sebanyak 30 peratus dan 96 peratus.

Pengerusinya, Tan Sri Lim Kim Hong berkata, rekod PBT itu menandakan pencapaian penting bagi I-Berhad, menyerlahkan kekuatan transformasi strategik yang menjadi platform kepada pertumbuhan berbilang enjin dan berdaya tahan.

“Ia mencerminkan bukan sahaja kejayaan pembangunan berterusan kami, tetapi juga kedalaman dan kematangan asas pendapatan berulang kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menekankan bahawa strategi pertumbuhan yang diterajui teknologi yang diterajui oleh AI World, presint bandar pertama yang didayakan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia menandakan babak seterusnya dalam evolusi i-City.

“AI World akan memangkinkan fasa pertumbuhan seterusnya dengan menyepadukan infrastruktur pintar, platform digital dan pengalaman hidup. Ia meletakkan i-City sebagai penanda aras nasional untuk ekosistem bandar yang pintar dan bersambung yang direka untuk era AI,” katanya.

Tambahnya, rancangan I-Berhad untuk melancarkan Robotics-as-a-Service merentasi portfolio hartanah pelaburan Kumpulan bernilai RM1 bilion menandakan satu langkah besar ke hadapan dalam kecemerlangan operasi dan inovasi perkhidmatan.

“Dengan memasukkan automasi dan robotik dipacu AI ke dalam operasi kami, kami menyasarkan untuk meningkatkan pengalaman pengguna, mengoptimumkan kecekapan aset dan membuka kunci aliran hasil baharu melangkaui kitaran hartanah tradisional.

“Inisiatif yang berpandangan ke hadapan ini mengukuhkan komitmen kami terhadap pertumbuhan yang mampan dan nilai pemegang saham jangka panjang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN