PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di sembilan negeri petang ini.
MetMalaysia berkata, cuaca buruk itu dijangka berlarutan hingga pukul 7 malam ini.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh Kelantan, manakala Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Temerloh, sementara di Negeri Sembilan pula membabitkan Jelebu, Seremban dan Port Dickson,” katanya hari ini.
Selain itu, amaran ribut petir turut diramalkan melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.
Turut terlibat, Sarawak di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Bintulu, Miri dan Limbang.
Sementara itu, di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau, Sandakan dan Kudat. – KOSMO! ONLINE














