fbpx
Gambar hiasan.

Himpunan bantah kehadiran Trump berlangsung aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perhimpunan bantahan kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang diadakan di hadapan Bangunan ICON berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang insiden tidak diingini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, himpunan bermula kira-kira pukul 2 hingga 4 petang itu disertai kira-kira 700 peserta.

Katanya, seramai 488 pegawai dan anggota keselamatan ditempatkan bagi tujuan kawalan lalu lintas dan keselamatan di sekitar kawasan tersebut.

“Polis bersama agensi lain termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ditugaskan di lokasi bagi memastikan kelancaran dan keselamatan semua pihak.

“Sepanjang tempoh perhimpunan, tiada sebarang kejadian yang menjejaskan ketenteraman awam dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan pihak polis menggesa penganjuran perhimpunan bagi membantah kehadiran Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 tidak diadakan bagi menjaga imej negara dan keselamatan delegasi antarabangsa.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail dilaporkan berkata, tempoh Sidang Kemuncak ASEAN bukan masa sesuai untuk sebarang perhimpunan kerana keutamaan diberikan kepada aspek keselamatan dan protokol negara.

“Kawasan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur diklasifikasikan sebagai zon kawalan keselamatan dan menjadi tumpuan utama delegasi luar negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI