fbpx
SERAMAI 12 individu termasuk enam wanita dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini bagi menghadapi pertuduhan melakukan jenayah penipuan dengan menawarkan perkhidmatan pinjaman wang tidak wujud, minggu lalu.

12 ‘scammer’ mengaku salah tawar pinjaman tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seramai 12 individu termasuk enam wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menipu dengan menawarkan perkhidmatan pinjaman wang tidak wujud minggu lalu.

Tertuduh, K. Logarooban, 22, M. Sayindeep, 22, Muhammad Iskandar Ibrahim, 22, Mohamad Yunus Shahril, 28, Salman Al Farisi, 19, Khairul Akhbar, 23, Nur Hasmirah Halim, 28, Nurain Ariesya Abdullah, 19, Nur Sofea Zara Muhammad Khairuddin Kasau, 22, Nurul Ain’ Aishah Azman, 24, Enjeley Anak Juen, 21, dan K. Yogarani, 19, bagaimanapun mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Kesemua mereka membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Noor Azreen Liyana Mohd. Darus. Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama didakwa menawarkan pinjaman tidak wujud secara dalam talian yang bertentangan dengan Seksyen 417 Kanun Keseksaan di Pengkalan Tiara 6, Taman Pengkalan Tiara di sini pada pukul 7.15 malam, 17 Oktober lalu.

Justeru, mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 417 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Zahira Musa mencadangkan jaminan RM5,000 bagi setiap tertuduh namun peguambela, MN Loh yang mewakili kesemua tertuduh merayu ikat jamin RM3,000 dikenakan ke atas anak guamnya.

Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM3,000 setiap seorang, selain syarat tambahan ke atas dua warga Indonesia, Salman Al Farisi dan Khairul Akhbar.

Antara syarat itu adalah mereka perlu mempunyai dua penjamin tempatan berusia 18 tahun ke atas, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri setiap minggu di balai polis berhampiran. Mahkamah menetapkan 19 Disember ini untuk keputusan jatuh hukum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI