fbpx
Azalina Othman Said berucap pada Peluncuran Garis Panduan Khas Pengendalian Kes-Kes Keselahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2025 di Istana Kehakiman di sini, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

11 dasar Tribunal Anti-Buli dibentang 1 Disember depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sejumlah 11 dasar utama Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti-Buli telah diterima sepenuhnya Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet hari ini selain dijangka dibentangkan di Parlimen 1 Disember depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, RUU itu kini sedang disiapkan untuk dibawa ke mesyuarat Kabinet bagi pertimbangan dan kelulusan sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

“Dalam mesyuarat Kabinet pagi tadi, semua 11 dasar diterima sepenuhnya oleh ahli-ahli Jemaah Menteri. Selepas ini, kita akan bawa RUUTribunal Anti-Buli ke Kabinet,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di Istana Kehakiman di sini hari ini.

Menurut Azalina, draf RUU berkenaan kini sedang dimuktamadkan dan dijangka dibentangkan ke Kabinet pada pertengahan November ini bagi mendapatkan kelulusan sebelum dibawa ke Dewan Rakyat.

“Mungkin dalam masa pertengahan bulan November, bila Kabinet dah melihat dan meluluskan rang undang-undang tersebut.

“Harapan saya, Insya-Allah, jika semuanya berjalan seperti dirancang, bacaan pertama boleh dibuat pada 1 Disember dan diikuti bacaan kedua serta ketiga pada minggu yang sama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN