PETALING JAYA – Kesilapan dalam merekodkan tarikh nikah pada sijil pernikahan tidak menjadi isu sehingga membawa kepada pengesahan perkahwinan.
Menerusi perkongsian hantaran oleh Imam Fakhru Shah di TikTok @Armyy647, beliau menyatakan perbezaan tarikh dalam sijil nikah tidak menjejaskan kesahan akad dari sudut hukum, selagi rukun dan syarat pernikahan dipenuhi.
“Kehadiran wali, saksi serta lafaz ijab dan qabul mencukupi ketika akad, maka pernikahan tersebut sah walaupun terdapat perbezaan tarikh pada sijil nikah.
“Tarikh dan masa pernikahan tidak termasuk rukun nikah. Kalau salah tarikh pada sijil nikah boleh dibetulkan di pejabat agama negeri masing-masing,” katanya.
Sementara itu, peguam syarie, Jamadi Saleh menerusi perkongsiannya di TikTok@Yuntalyuyam, kesilapan tarikh boleh membawa kepada permasalahan lain sekiranya mempunyai anak perempuan sulung yang berwakil wali bapanya.
“Tiada masalah perbezaan tarikh pada akad dan sijil nikah melainkan, pengiraan tarikh itu membuatkan usia kandungannya kurang daripada enam bulan kerana boleh menimbulkan andaian dia (anak) merupakan anak tak sah taraf,” ujarnya.
Tinjauan Kosmo! mendapati ramai menyeru supaya kesilapan seperti itu diperbetulkan segera bagi menjaga integriti rekod perkahwinan.
“Anak perempuan sulung saya pun sertakan sijil nikah kami (ibu bapa) untuk pastikan anak sah taraf,” kata Mazwina.
“Sijil nikah saya pun salah, pejabat agama tulis ayah saya bukan warganegara. Saya pergi sahaja ke pejabat agama untuk dibetulkan,” @Ros_athirah
“Saya pun tarikh salah tapi pejabat agama betulkan dengan memotong tarikh tersebut serta tandatangan daripada pegawai pejabat agama,” komen @JulianaJulie -KOSMO! ONLINE
@armyy647 Sah Atau Tidak Akad Nikah Tarikh Lain Di Sijil Nikah Tarikh Lain? #solat5waktujanganditinggal ♬ original sound – Aki Seruling – AKI Seruling