fbpx
Betty Rahmad (kanan) mempertahankan sahabatnya, Uqasha Senrose selepas aktres itu menjadi bahan kecaman susulan kemelut rumah tangga bersama suaminya, Kamal Adli.

‘Uqasha yang saya kenali tak pandang harta, rajin cari duit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon dan usahawan Betty Rahmad tampil mempertahankan sahabatnya, Uqasha Senrose selepas aktres itu menjadi bahan kecaman susulan kemelut rumah tangga bersama suaminya, Kamal Adli.

Ujar Betty atau nama sebenarnya Norsha Rahmad, 45, Uqasha bukan wanita materialistik seperti dituduh segelintir pihak, sebaliknya seorang yang gigih mencari rezeki hasil titik peluh sendiri.

“Uqasha yang saya kenali bukan jenis perempuan yang pandang harta benda. Dia rajin, sanggup turun padang berniaga, buka booth ke sana sini untuk cari rezeki.

“Kalian tak kenal dia, apatah lagi pernah bersembang. Jadi, berhati-hatilah dalam menulis dan berkata-kata. Semoga Allah permudahkan urusan Sha,” katanya dalam Threads.

Bagaimanapun, hantaran adik kepada pelakon dan pengarah tersohor Erma Fatima itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang menasihatkannya agar tidak mencampuri urusan rumah tangga orang lain.

Enggan berdiam diri, Betty menegaskan niatnya bukan untuk mencari perhatian sebaliknya mahu menepis tanggapan salah yang tersebar dalam media sosial.

“Saya bersuara sebab baca ramai yang menuduh dia nak cerai sebab tak ada ‘life’ dan sebab suami tak kaya macam adik-beradik lain.

“Susah betul sekarang, kena cakap benda buruk baru orang suka. Kalau cakap perkara baik, terus kena hentam. Tak mengapa, ikut suka kalianlah,” ujarnya.

Terdahulu, Uqasha hadir ke prosiding pertama kes perceraiannya dengan Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam. Namun, prosiding ditangguhkan ke 28 Oktober depan selepas Kamal tidak hadir.

Menurut peguam syarie yang mewakili pelakon drama Duda Pujaan Dara, Nurfarhana Abd. Manaf, Uqasha memfailkan perceraian atas alasan tiada persefahaman.

Difahamkan pasangan berkenaan juga sudah tidak tinggal sebumbung, namun tarikh sebenar mereka berpisah tidak dimaklumkan.

Rumah tangga mereka mula menjadi bualan selepas Uqasha beberapa kali membuat siaran langsung meluahkan rasa penat menjaga anak sambil bekerja, manakala Kamal pula menegaskan dirinya tidak pernah mengabaikan keluarga serta tetap menyayangi isteri dan anak perempuan mereka, Hawra Uqaira.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN