fbpx
Singa tersebut berdiri di atas lori sebelum melompat ke atas jalan. - Media sosial

Singa panjat bumbung lori, lompat atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CAPE TOWN – Satu rakaman video tular di media sosial memaparkan detik cemas seekor singa berdiri di atas bumbung lori sedang bergerak sebelum melompat ke atas jalan raya, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Insiden dirakam seorang pemandu yang mengekori lori tersebut di sebuah lebuh raya di Afrika Selatan.

Rakaman memaparkan singa itu berada di atas bumbung lori yang memindahkannya ke habitat baharu selepas lolos daripada kurungan.

Apabila lori berhenti di tepi jalan, singa tersebut melompat turun serta berlegar-legar di tepi jalan dekat bandar Bakerville.

Disebabkan singa masih di bawah pengaruh ubat bius, haiwan tersebut akhirnya terbaring di bawah pokok.

“Ia adalah satu pelarian yang luar biasa. Singa itu menikmati pemandangan dari atas bumbung sehingga haiwan tersebut melompat.

“Apabila saya sampai di sana, singa itu tertidur di atas rumput di bawah pokok tepi jalan,” kata seorang doktor haiwan yang dikerahkan ke lokasi tersebut,  Dr. Anton Nel.

“Singa itu kemudian dimuatkan semula ke dalam lori tanpa sebarang insiden untuk meneruskan perjalanannya,” tambah Nel. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI