fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat landa 7 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di tujuh buah negeri sehingga 1 pagi nanti.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan susulan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain itu, amaran ribut petir juga dikeluarkan bagi beberapa daerah di negeri Perak iaitu di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

“Hujan lebat dan angin kencang juga diramal melanda negeru Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Maran dan Kuantan.

“Selain itu, di Sarawak, cuaca buruk juga dijangka berlaku di Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Julau), Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi),” katanya.

Sementara itu, di Sabah, hujan lebat dan angin kencang juga diramal akan melanda kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Tawau (Kunak, Semporna dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI