fbpx
Dua mangsa lemas dibawa ke pantai oleh orang awam di Pantai Chenang, petang semalam. - Gambar MEDIA SOSIAL

Dua lelaki lemas ketika mandi di Pantai Chenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – – Kegembiraan dua lelaki bercuti bersama keluarga di pulau peranginan ini berakhir tragedi apabila mereka lemas di Pantai Chenang, di sini petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 6.05 petang semalam.

Katanya, kedua-dua mangsa berusia 38 dan 46 tahun diselamatkan oleh orang ramai menggunakan jet ski dan dibawa ke pantai.

“Seterusnya, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Maliha Langkawi dan hasil pemeriksaan di Unit Kecemasan hospital mendapati kedua-duanya telah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, dua mangsa terbabit datang ke pulau ini bersama keluarga dari Selangor untuk bercuti dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI