OTAWA – Seorang pemandu cedera selepas kenderaan elektrik (EV) Tesla miliknya tiba-tiba meletup ketika ia dicas di sebuah stesen pengecas di Kanada, lapor akhbar Mirror UK.
Kejadian berlaku di Hope, wilayah British Columbia.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan Tesla itu sedang dicas sebelum meletup dan mengeluarkan bebola api, menyebabkan pemandu terjatuh ke tanah.
Mangsa melecur, manakala kenderaannya terdapat kesan calar yang kecil, demikian menurut Technical Safety BC.
Laporan mengesahkan mangsa menggunakan penyesuai EV dan bukan Tesla A27, menyebabkan ia gagal berfungsi dan mencetuskan letupan.
Penyesuai itu telah digunakan kira-kira 50 kali sebelum letupan. Terdapat beberapa kerosakan serentak termasuk litar pintas pada pengecas pantas yang menghantar voltan luar biasa melalui peranti.
“Hasil pemeriksaan mendapati tiada kecacatan pembuatan dalam penyesuai A2Z EV yang disambungkan pada kereta mangsa.
“Kami akan kekal telus dengan pelanggan, rakan kongsi dan pengawal selia kami sambil bekerjasama untuk membina ekosistem pengecasan EV yang lebih kukuh dan selamat,” kata pengeluar A2Z EV. – AGENSI