fbpx
TIGA pekerja dan dua peruncit disyaki mencuri lebih RM52 juta dari kilang emas. - Foto Amarin TV

Kebas emas lebih RM52 juta, pekerja disaman majikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Sebuah kilang emas di Thailand memfailkan saman terhadap tiga pekerja dan dua peruncit kerana mencuri barangan kemas emas bernilai lebih 400 juta baht (RM52 juta) antara Disember tahun lalu hingga Jun 2025, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Wakil kilang tersebut, Thittimon Watwanvorakul mendedahkan bahawa pihaknya menemui lebih 103 kilogram barang kemas emas yang dicuri dengan nilai dianggarkan sekitar 400 juta baht, Jun lalu.

Thittimon menjelaskan bahawa kilang itu menghasilkan barang kemas dan mengedarkannya ke kedai serta premis jualan emas. 

Hasil semakan mendapati bahawa kecurian berlaku antara pertengahan Disember 2024 hingga 10 Jun lalu.

Ketiga-tiga pekerja tersebut telah dipanggil untuk disoal siasat dan mereka mengaku berkomplot dengan pemilik kedai emas.

Peguam kilang tersebut, Amnuayporn Maneewan memberitahu media bahawa kilang itu pada awalnya membuat laporan di Balai Polis Bang Sao Thong pada Ogos lalu bagi mengambil tindakan terhadap tiga kakitangan jualan dan dua pemilik kedai berkenaan.

Amnuayporn kemudian membawa kes itu ke mahkamah dengan memfailkan saman terhadap kelima-lima suspek atas tuduhan mencuri daripada majikan serta memiliki barang curi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI