fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat, angin kencang landa hampir semua negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) petang ini mengeluarkan amaran ribut petir di 13 buah negeri.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku hingga 5 petang nanti.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Kedah melibatkan daerah Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu serta seluruh Pulau Pinang.

“Cuaca sama juga diramal berlaku di Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak,” kata kenyataan itu, hari ini.

Sementara itu di Kelantan meliputi Kuala Krai dan Gua Musang, Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin),” jelas kenyataan sama.

Terkesan sama, Selangor di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, manakala Johor di Segamat dan Mersing.

“Di Sarawak pula melibatkan Miri (Telang Usan) dan Limbang serta Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat,” tambahnya.

Turut terlibat, seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI