fbpx
Mohd. Khairi (hadapan, tengah) merasmikan program Keselamatan Jalan Raya Pusat Pengajian Tinggi Terengganu di UMT, Kuala Nerus hari ini.

78 peratus mangsa kes noda Terengganu bawah umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kes rogol melibatkan mangsa bawah umur di negeri ini yang kebanyakannya isu berulang sekali gus perlu ditangani secara menyeluruh.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, sebanyak 70 kes rogol termasuk 10 sumbang mahram direkodkan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

“Sebanyak 55 kes iaitu 50 kes rogol dan lima kes sumbang mahram membabitkan mangsa bawah umur.

“Sebagai perbandingan 58 melibatkan mangsa bawah umur dicatatkan daripada 70 kes rogol dan sumbang mahram berlaku pada tahun lalu,” katanya di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini. Terdahulu beliau merasmikan program Keselamatan Jalan Raya Pusat Pengajian Tinggi Terengganu.

Mohd Khairi berkata, mangsa paling muda berusia lima tahun dengan suspek merupakan individu dikenali iaitu sepupu sendiri berusia 14 tahun.

Beliau berkata, trend melibatkan remaja bawah umur masih tinggi dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus mengekang jenayah tersebut menerusi penguatkuasaan tegas serta siasatan menyeluruh.

“Kes rogol bawah umur bukan isu baharu. Ia masalah berulang yang membimbangkan masyarakat serta terus menjadi cabaran besar dalam usaha memastikan keselamatan dan kesejahteraan golongan remaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN