fbpx
Gambar hiasan

6,655 miskin tegar, miskin, B40 sertai Inisiatif Pendapatan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai 6,655 golongan miskin tegar, miskin dan B40 menyertai program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2022.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, jumlah mereka yang menyertai program IPR sehingga Oktober 2025 tersebut merangkumi 329 peserta di Sarawak.

“Secara umumnya, 40 peratus peserta IPR berjaya meraih hasil jualan bulanan melebihi RM2,000. Sebagai contoh, di bawah IPR Inisiatif Usahawan Tani, Intan, terdapat peserta memperoleh pendapatan bulanan sehingga RM5,000.

“Bawah IPR Inisiatif Usahawan Makanan, Insan pula peserta berupaya meraih purata hasil jualan bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) berhubung perkembangan terkini pelaksanaan IPR termasuk jumlah penerima manfaat setakat ini.

Hanifah berkata, bagi memastikan keberkesanan program IPR, Kementerian Ekonomi mengambil beberapa langkah antaranya mengadakan kerjasama strategik dengan Universiti Teknologi Mara.

Menurutnya, kerjasama itu dengan menyediakan khidmat kepakaran dalam bentuk Kursus Literasi Kewangan kepada peserta IPR bagi meningkatkan pengurusan perniagaan dengan cekap.

Kata beliau, langkah lain adalah melaksanakan pemantauan menggunakan ‘dashboard operasi’ secara dalam talian serta intervensi berkala.

Tambah beliau, langkah seterusnya memberi khidmat nasihat dan bimbingan teknikal yang lengkap dan berterusan serta disokong oleh syarikat swasta yang dikenal pasti sebagai pembeli bagi mengelakkan risiko kerugian.

“Memperluas kerjasama strategik bersama agensi teknikal dan pihak berkepentingan. Dalam mempergiat usaha membasmi kemiskinan, kerajaan mengalu-alukan peranan pihak berkepentingan lain termasuk wakil rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI