fbpx
Pemandangan dari udara menunjukkan gerabak kereta api yang terbalik selepas melanggar sebuah tren di bandar Shinile. - BBC

15 maut kereta api bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ADDIS ABABA – Penumpang yang panik terjun dari tingkap apabila kereta api dinaiki mereka tergelincir lalu melanggar sebuah tren lain, menyebabkan 15 orang terbunuh di timur Ethiopia, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). 

Kemalangan berlaku apabila kereta api itu tergelincir dari landasan sebelum melanggar tren yang sedang berhenti di bandar Shinile, Isnin lalu. 

Masih belum jelas jumlah sebenar mangsa yang cedera, namun pihak berkuasa melaporkan antara 27 sehingga 29 orang. 

Rakaman video yang dikongsi media tempatan menunjukkan beberapa gerabak terbalik dan remuk. 

“Keadaan kereta api yang uzur dan tidak mampu menampung beban berat dikenal pasti sebagai punca utama nahas. 

“Kebanyakan penumpang adalah golongan muda, namun ramai yang terselamat selepas terjun dari tingkap. 

“Ia bertembung ketika melakukan perjalanan dari bandar Dewele ke Dire Dawa,” kata Pesuruhjaya Daerah, Jibril Omar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI